KONVENSYEN
PERKHIDMATAN AWAM 2026
Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 merupakan platform kerjasama strategik nasional antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dengan sokongan agensi pusat serta rakan industri. Konvensyen ini menggabungkan pemimpin tertinggi sektor awam, ahli akademik, penggubal dasar, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), serta warga akademik untuk membincangkan agenda reformasi perkhidmatan awam secara berfokus, inklusif dan berimpak. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan prinsip H.E.M.A.T, konvensyen ini menjadi ruang penting untuk meneroka idea baharu, memperkukuh integriti dan akauntabiliti, memacu transformasi digital, serta membina kolaborasi rentas sektor.
Penyertaan dalam konvensyen ini memberi peluang kepada peserta untuk memperluas jaringan profesional, memperoleh pandangan daripada pemimpin dan pakar pelbagai sektor, serta berkongsi amalan terbaik bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam. Melalui penglibatan ini, peserta dapat menyumbang idea dan bersama-sama memacu transformasi ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus, responsif dan berpaksikan rakyat. Konvensyen ini terbuka kepada penjawat awam di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, ahli akademik, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), rakan industri serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam agenda reformasi, tadbir urus dan transformasi perkhidmatan awam negara.

Sila Muat turun Poster

OBJEKTIF
-
Menyediakan platform strategik bagi membincangkan dan memperhalusi pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
-
Menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan penjawat awam, akademia, GLC, NGO dan pelajar pascasiswazah.
-
Memperkukuh kolaborasi rentas sektor ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.
-
Mencetus idea dan inovasi baharu dalam memperkasa tadbir urus serta transformasi sektor awam.
-
Meningkatkan kesedaran dan penglibatan pelbagai pihak terhadap aspirasi Malaysia MADANI dalam konteks perkhidmatan awam.


PENDAFTARAN PEMBENTANG
- PENGHANTARAN ABSTRAK
PENGHANTARAN MANUSKRIP
Pendaftaran awal dan penghantaran abstrak hendaklah dilakukan secara atas talian di link berikut: Klik link untuk Penghantaran Abstrak -
https://forms.gle/AECuCaRt91JHZeMJ6
Sila muat turun: Templat Penulisan Abstrak
Sekretariat Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 akan memaklumkan penerimaan abstrak melalui e-mel yang didaftarkan.
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 30 Jun 2026
Sila muat turun Template Abstrak -
Kertas kerja yang lengkap perlu diserahkan secara atas talian di link berikut: Klik link untuk Penghantaran Manuskrip - https://forms.gle/mbd2CwMwxrHfAo4n8
Pembentang diminta menghantar manuskrip penuh selewat-lewatnya pada tarikh 31 Julai 2026 supaya dapat dimasukkan ke dalam E-Prosiding Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026.
Sila muat turun Template Manuskrip -
Penerbitan
Manuskrip yang diterima berpeluang diterbitkan dalam jurnal yang diindeks dalam MyCite, iaitu Voice of Academia (VOA), Journal of Creative Practices in Language Learning and Teaching (CPLT), dan Journal of Administrative Science (JAS) tertakluk kepada ketetapan jurnal dan APC berkaitan

PENCERAMAH
Penceramah Utama (Keynote Speaker):
Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, KPPA
Tajuk - Memperkukuh Reformasi Perkhidmatan Awam ke Arah Malaysia MADANI
Penceramah Pleno (Plenary Speaker)
Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM
Tajuk - Kolaborasi Nasional Tanpa Sempadan: Menghapuskan Silo, Memacu Impak
Forum - Penjawat Awam
Tajuk - Daripada Dasar ke Impak
Panel 1 - YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir;
Panel 2 - Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail;
Panel 3 - En. Mohd Khalid bin Mohamed Latiff
Forum - GLC/Swasta
Tajuk - Perspektif GLC/Swasta Dalam Reformasi Penyampaian Perkhidmatan
Panel 1 - Dr. Hisham Hamdan, Chief Investment Officer, Khazanah Nasional
Panel 2 - Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Penasihat MOF
Forum – Akademia
Tajuk - Perspektif Akademia dan Penyelidikan Dasar
Panel 1 - Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali (UKM);
Panel 2 - Prof. Dr. Makmor bin Tumin (UM);
Moderator forum - Prof. Dr Yarina Ahmad (UiTM)
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian
Tentatif Program


